54 Quotes by AD Rahman Ahmad


  • Author AD Rahman Ahmad
  • Quote

    Jari jika tidak dijulur ke api, tidak akan tahu bagaimana rasa panasnya. Mendengar dan mengalami, pengetahuannya berbeza.

  • Tags
  • Share

  • Author AD Rahman Ahmad
  • Quote

    ....... "Sampai bila-bila pun saya tak dapat lupa pada pesanan arwah nenek saya. Katanya, jika mulut mahu berkata, berkatalah dengan benar dan ikhlas. Walau apa yang dikatakan itu kedengaran pedas dan menyakitkan. Kerana berkata benar dan ikhlas itu, jauh lebih baik dan mulia daripada bermuka dan umpat-mengumpat." .......

  • Tags
  • Share

  • Author AD Rahman Ahmad
  • Quote

    Lidah tidak pernah peduli samada kata-kata itu terbit dari perasaan ataupun akal fikiran. Lidah hanya menjalankan tugasnya iaitu berkata-kata.

  • Tags
  • Share

  • Author AD Rahman Ahmad
  • Quote

    Ilmu tak berguna lagi 'di sana' selain amalan yang baik-baik di dunia. Ilmu adalah perkakas atau seperti pemandu buat melakukan amal yang diredhai.

  • Tags
  • Share

  • Author AD Rahman Ahmad
  • Quote

    Berdiam itu lebih baik. Tetapi berani berkata benar itu lebih baik dari berdiam.Kebenaran tidak mengenal sahabat ataupun musuh. Tetapi musuh boleh menjadi sahabat bagi yang mampu terima kebenaran, dan begitu juga sebaliknya.

  • Tags
  • Share

  • Author AD Rahman Ahmad
  • Quote

    Membenci itu tidak baik. Namun sebagai manusia, kadangkala merasa benci terhadap seseorang tidak dapat dielakkan. Tetapi kita boleh mengatasinya. Satu cara, dengan menjauhkan diri dari orang yang dibenci agar perasaan itu tidak terus membelenggu.

  • Tags
  • Share

  • Author AD Rahman Ahmad
  • Quote

    Bukan begitu caranya mendidik anak. Bukan dengan kekerasan ke tahap mendera. Tak usah dipukul teruk-teruk begitu. Apa untungnya yang kau dapat? Malah bertambah degil budak tu nanti. Cubalah berlembut, agar hatinya di belakang hari tak keras." Nek Limah dengan tenang mengingatkan ibuku.

  • Tags
  • Share

  • Author AD Rahman Ahmad
  • Quote

    Kau sabar, ya Zali... Lain ibu lain caranya. Kasih sayang ditunjukkan dengan cara yang berbeza-beza. Ibu kau sayang kau sebenarnya. Ibu mana yang tak sayangkan anaknya...

  • Tags
  • Share