19 Quotes by S.M. Zakir

  • Author S.M. Zakir
  • Quote

    tuhan-tuhan liberalturunkanlah nabi-nabi palsumumembawa erti-erti yang hampatentang kebebasan yang kaucipta daripada angan-anganaku adalah musuhyang akan membunuhnabi-nabi palsumu

  • Share

  • Author S.M. Zakir
  • Quote

    kerana kita sering kaliingin menjadi manusia baikyang sopan kepada pendatangtetapi pernahkah kita tahubahawa kita tidak pernah menerima tangan untukmemberi ucap kasihatas segala kebaikan kita

  • Tags
  • Share

  • Author S.M. Zakir
  • Quote

    revolusi adalah mimpi yang diciptakan oleh manusiayang sedang ingin menukarkan dirinya menjadi tiran(Perjalanan 9)

  • Share

  • Author S.M. Zakir
  • Quote

    Alam akan menangis lagi tuanku.""Alam akan selama-lamanya menangis, selagi kewujudannya punya nafsu.""Bumi akan berdarah lagi tuanku.""Darah itu akan menyuburkan tumbuhan.""Dengan daging dan darah kita ini?""Sekurang-kurangnya kita masih ada kebaikan - menyuburbajakan bumi dengan bangkai kita yang tidak berharga ini.

  • Share

  • Author S.M. Zakir
  • Quote

    manusia yang sering memiliki pertanyaan-pertanyaantidak mungkin memiliki sebuah jawapan yang tepatmelainkan keraguan yang tercipta daripada akal(Perjalanan 22)

  • Tags
  • Share

  • Author S.M. Zakir
  • Quote

    mimpi yang datang dari revolusiuntuk membunuh para raja dan bangsawandan mendirikan sebuah kerajaan rakyattidak pernah mempunyai kata-katayang mampu melahirkan sebuah puisitetapi cuma keinginan dan hasrat untuk berkata-katadengan laungan yang menggegarkan bumitetapi setelah menang mereka dengan segerakembali menggantikan raja-raja dan para bangsawanmelakukan penindasan dan perhambaan yang samaterhadap semua rakyat yang terpukau oleh sihir(Perjalanan 10)

  • Tags
  • Share

  • Author S.M. Zakir
  • Quote

    lalu dia melaungkan kebenaran, kebebasan, dan kemurnianuntuk masyarakatnya, manusia dan duniasedang si Rousseau ini tidak pernah mengenaltentang kebenaran dan kemurnian dalam dirinya sendiri(Perjalanan 5)

  • Tags
  • Share

  • Author S.M. Zakir
  • Quote

    apa bezanya kezaliman dan kekejamanantara atas nama raja dan atas nama rakyatkedua-duanya adalah pembunuhanapa bezanya gulotin para raja dan gulitin para rakyatkedua-duanya adalah taring-taring setanyang mengangkat pembunuhan dan kezalimanlalu apa bezanya kerosakan yang dibuat atas nama rakyatdan kerosakan yang dibuat atas nama negara.(Perjalanan 19)

  • Share

  • Author S.M. Zakir
  • Quote

    Tanah ini termasuk masalalu yang agung itu kini disedut kering oleh neraka kemajuan yang impiannya untuk memiliki kita lebih besar daripada impian kita untuk memilikinya.

  • Share