6 Quotes by عبد الله بن علوي بن حداد الشافعي


  • Author عبد الله بن علوي بن حداد الشافعي
  • Quote

    Berkata Isa alaihi-salam seterusnya: Amat heran keadaan kalian semua. Kalian bekerja kuat untuk dunia, padahal kalian mendapat bahagian kalian dari rezeki, meskipun kalian tidak bekerja. Tetapi kalian tidak bekerja kuat untuk akhirat, padahal kalian tidak akan mendapat bahagian kalian dari pahala, melainkan dengan beramal.

  • Tags
  • Share

  • Author عبد الله بن علوي بن حداد الشافعي
  • Quote

    Telah berkata Muhammad bin Sirin: Dua orang lelaki telah bersengketa mengenai sepotong tanah, lalu Allah mewahyukan kepada bumi itu supaya berbicara kepada kedua-duanya. Maka bumi pun berkata kepada mereka: Wahai kalian yang bodoh! Sebenarnya aku sebelum kalian berdua telah dimiliki oleh seribu orang yang cacat matanya, apatah lagi oleh orang-orang yang celek dan sihat seperti kamu berdua ini.

  • Tags
  • Share



  • Author عبد الله بن علوي بن حداد الشافعي
  • Quote

    Kesimpulannya, bahwa taqwa itu merupakan penyingkiran diri dari perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah Ta'ala serta siksaanNya; iaitu ringkasnya dengan menurut segala yang diperintahNya dan menjauhi segala yang dilarangNya. Manakala hakikat taqwa pula, hendaklah berhati-hati agar Alla Ta'ala tiada mendapati anda di tempat laranganNya, dan tiada kehilangan anda di tempat suruhanNya.

  • Share