19 Quotes by Auni Zainal

Auni Zainal Quotes By Tag

  • Author Auni Zainal
  • Quote

    Pada keadaan apa kita tahu yang kita boleh percaya kepada sesuatu? Seperti jam yang tergantung di dinding, kita letakkan kepercayaan kita kepadanya untuk membuat penentuan dalam hidup kita. Kita tidak perlu pandang keluar tingkap untuk tahu siang atau malamnya langit, kita juga tidak perlu risau akan mula atau akhirnya masa pada waktu peperiksaan. Selagi kita lihat jarum saatnya berdetak, pada keadaan itu kita percaya kepada jam.Lalu pada keadaan apa yang membuat kita percaya kepada manusia?

  • Tags
  • Share




  • Author Auni Zainal
  • Quote

    Dalam hidup Mawaddah, kebanyakan perbualan hanya dibuat dalam bentuk tulisan dalam Whatsapp. Apabila semua emosi sudah terbiasa diterjemah ke dalam bentuk tulisan, emosi daripada suara kedengaran terlalu istimewa.

  • Tags
  • Share



  • Author Auni Zainal
  • Quote

    Apabila seorang manusia terpisah dengan orang yang dia cintai, ingatannya terhadap orang itu pasti akan pudar juga. Sedikit demi sedikit. Malangnya, lompong kosong yang hilang mendadak dalam hati itu tidak akan begitu mudah diabaikan. Lompong itu akan menuntut manusia mengisinya. Akhirnya si manusia terpaksa akur lalu melengkapkannya menggunakan apa-apa sahaja yang tinggal. Menggunakan memori.

  • Tags
  • Share

  • Author Auni Zainal
  • Quote

    Adakah semuanya akan pulih dengan hanya memaafkan? Jawapannya tidak. Semuanya tidak akan pulih hanya dengan memaafkan. Tetapi hati manusia pulih. Hatinya pulih.

  • Tags
  • Share