19 Quotes by Auni Zainal


  • Author Auni Zainal
  • Quote

    Dan begitulah tabiat harapan. Harapan tidak pernah mati. Harapan mampu memberikan kekuatan kepada manusia buat sepanjang hayat mereka. Disebabkan itu, ada manusia tidak sanggup merealisasikan harapan itu kerana realiti meletakkan harapan pada risiko. Realiti hanyalah untuk orang-orang yang berani.

  • Tags
  • Share

  • Author Auni Zainal
  • Quote

    Hujan sering membuatkannya diam berfikir tentang perjalanan kehidupan. Kesuraman suasana hujan akan membawa fikirannya hanyut kepada peristiwa-peristiwa indah dan bercahaya. Kebingitan hujan pula akan memaksa jiwanya berundur dan duduk terperosok di sudut paling sunyi. Hujan satu-satunya teman yang dia ada di sini, tetapi ia juga seteru.

  • Tags
  • Share

  • Author Auni Zainal
  • Quote

    Menjadi kuat itu tidak semestinya dengan menghadap buta-buta saja semua halangan yang ada depan mata kita, kemudian bertahan dengan halangan itu. Mengelakkan halangan, memilih jalan yang betul, atau berundur untuk bertenang...pun dikira kekuatan.

  • Tags
  • Share

  • Author Auni Zainal
  • Quote

    Dunia tiba-tiba bagai sudah hilang warna. Setiap langkah kakinya hanya umpama daya luar yang mengheretnya untuk terus bergerak. Tidak ada apa-apa yang mengenyangkan. Tidak ada apa-apa yang melenakan.

  • Tags
  • Share

  • Author Auni Zainal
  • Quote

    Manusia tidak akan tahu apa garis sempadan baik dan jahat melainkan yang tertulis jelas-jelas dalam kalam Tuhan. Ada perkara tersembunyi dalam ruang kelabu, baik dan buruknya tidak jelas.

  • Tags
  • Share

  • Author Auni Zainal
  • Quote

    Manusia, masih suka mencari jawapan yang memuaskan hati walaupun satu dunia telah membentangkan hikmah di depan mata mereka. Ibarat anak kecil yang mengulang-ulang pertanyaan yang sama dalam satu masa, mereka sudah berkali-kali mendengar jawapannya. Mereka cuma mencari sesuatu yang ada pada jawapan tersebut - iaitu nilai kepercayaan. Mereka inginkan seseorang benar-benar melihat ke arah mereka, meyakinkan dengan penuh prihatin, dan berkata, ‘Inilah jawapannya, dan kau tidak berseorangan

  • Tags
  • Share

  • Author Auni Zainal
  • Quote

    Dia tidak tahu apa yang mendorong tindakan orang dewasa sehingga mereka sanggup berbohong demi melakukannya. Mungkin dalam dunia orang dewasa, perbuatan baik sukar difahami sehingga mereka terpaksa melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

  • Share

  • Author Auni Zainal
  • Quote

    Mungkin sebab ibu bapa kita tidak menggalakkan kita memahami perasaan. Dan mereka sendiri tidak iktiraf perasaan kita. Mereka tidak beri ruang kita teroka perasaan-perasaan kita semasa kita kecil. Kita terbiasa tutup perasaan itu sebelum kita merasainya betul-betul. Istilahnya ialah pengabaian emosi. Kita mengabaikan emosi kerana itu yang diajar kepada kita sejak kecil.

  • Share