2 Quotes by Baharudin Ahmad
- Author Baharudin Ahmad
-
Quote
Konsep sejarah utama Sufi pernah juga menggunakan idea bahawa Baginda adalah sumber utama di dalam sejarah Islam keseluruhannya; dalam erti kata lain sejarah Islam tidak akan berasas tanpa dimensi yang terkandung di dalam sejarah dan hakikat Rasulullah, Sayyidina Muhammad dan juga, kita patut menyebutkan, lebih penting lagi ialah diri Rasulullah, yang menjadi idea, yagn telah diletakkan sebagai pengertian asas di dalam pembentukan falsafah sejarah Islam (Islamic philosophy of history).
- Tags
- Share
- Author Baharudin Ahmad
-
Quote
Shaykh al-Jundi hanya seorang dari pewaris sastera jenis ini di dalam sejarah sastera Sufi yang muncul di dalam abad ke-19. Tema utama qasidah ini kekal di dalam rangka tradisi sastera Islam yang lampau oleh kerana tidak mungkin kekal 'tamaddun Islam' itu jika ia diasingkan dari tradisi yang menerbitkan jenis puisi yang sebegini rupa. Umumnya tamaddun agama berasaskan prinsip asal dengan aspek-aspek dan ciri-ciri baharu yang ditambah tanpa penambahan prinsip.
- Tags
- Share