9 Quotes by Bahruddin Bekri

  • Author Bahruddin Bekri
  • Quote

    Perempuan yang bahagia bukanlah perempuan yang tidak pernah kecewa. Tetapi perempuan yang bahagia adalah perempuan yang tahu makna kecewa dan duka. Bagaimana kita mahu tahu makna bahagia sekiranya tidak tahu makna kecewa dan duka?

  • Share

  • Author Bahruddin Bekri
  • Quote

    Kalau esok masih ada, mengapa hari ini kita berduka? Bergembiralah hari ini kerana esok mungkin kita berduka kerana kita sudah tidak ada lagi hari lusa.

  • Share

  • Author Bahruddin Bekri
  • Quote

    Kamu juga perlu berbaik-baik sesama manusia kerana daripada merekalah doa-doa baik dan buruk untuk diri kita dipohon.

  • Share

  • Author Bahruddin Bekri
  • Quote

    Ada perkara yang kita perlu terus mencuba walaupun kita tahu kita tidak punya peluang. Misalnya hidup ini. Walaupun kita tahu, kita akan mati dan langsung tidak ada peluang untuk hidup selama-lamanya di dunia, tetapi bukan bermakna kita perlu berhenti berusaha untuk terus hidup.

  • Share

  • Author Bahruddin Bekri
  • Quote

    Perempuan cantik itu, godaannya bukanlah kepada rupanya yang cantik, tetapi godaan pada statusnya. Pada ketika kamu tahu yang hatinya belum terisi, pada saat itulah godaanya meninggi.

  • Share

  • Author Bahruddin Bekri
  • Quote

    Bulan itu menerangi malam manusia dengan remangnya yang lembut. Ia sangat lembut, namun adakah maknanya bulan tanpa adanya bumi yang mengagumi keindahanya. Jadi bulan itu adalah umpama perempuan dan bumi itu adalah umpama lelaki.

  • Share

  • Author Bahruddin Bekri
  • Quote

    Jangan meletakkan keindahan yang berlebihan kepada apa yang tiada, tetapi letakkan risau yang banyak kepada apa yang ada.

  • Share

  • Author Bahruddin Bekri
  • Quote

    Kadangkala apabila kita membuat dosa, akibat daripada dosa yang kita buat itu bukan sahaja menimpa diri kita, tetapi menimpa keluarga kita. Tuhan menguji kita bukan sahaja melalui penderitaan fizikal, malah penderitaan hati. Malah penderitaan hati itu lebih dasyat kesannya kepada kita.

  • Share

  • Author Bahruddin Bekri
  • Quote

    Anggap hidup sebagai satu proses kerana proses adalah berkenaan mencuba dan terus mencuba.

  • Share