45 Quotes About Sejarah


  • Author Faisal Tehrani
  • Quote

    Janganlah tuan-tuan percaya kalau sejarah itu dikatakan satu sahaja, jangan-jangan ada lain perkara di sebaliknya (Ketupat Cinta Musim Pertama)

  • Tags
  • Share

  • Author Habiburrahman El Shirazy
  • Quote

    Penyakit yang Menghambat Dunia Islam :Pertama, mewabahnya keputusasaanyang faktor pemicunya ada dalam diri kita sendiriKedua, matinya kejujuran dalam kehidupan sosial dan politikKetiga, suka kepada permusuhan Empat, mengabaikan tali cahaya yang menyatukan sesama orang mukmin Kelima, penindasan yang menyebar seumpama penyakit menularKeenam, perhatian yang hanya tertuju pada kepentingan pribadi.( Badiuzzaman Said Nursi dalam Novel Api Tauhid)

  • Tags
  • Share


  • Author Zaen Kasturi
  • Quote

    tak perlu tanda tanyakerana kita adalah buku rahsia yang telah lama terbukasejak kata pertama jatuh mencari makna,” bisik benih kepada tanahyang menumbuh dan menyuburkannya(siapa di antara sela rerumputan)

  • Tags
  • Share


  • Author Baharudin Ahmad
  • Quote

    Konsep sejarah utama Sufi pernah juga menggunakan idea bahawa Baginda adalah sumber utama di dalam sejarah Islam keseluruhannya; dalam erti kata lain sejarah Islam tidak akan berasas tanpa dimensi yang terkandung di dalam sejarah dan hakikat Rasulullah, Sayyidina Muhammad dan juga, kita patut menyebutkan, lebih penting lagi ialah diri Rasulullah, yang menjadi idea, yagn telah diletakkan sebagai pengertian asas di dalam pembentukan falsafah sejarah Islam (Islamic philosophy of history).

  • Tags
  • Share

  • Author Farhan Ahmad Nizami
  • Quote

    Walaupun mereka telah mencapai pelbagai kemajuan, dan hidup aman damai dalam masyarakat Islam yang stabil, namun kerajaan mereka selalunya tidak begitu: perubahan rejim biasanya berlaku secara ganas dan menimbulkan keadaan huru-hara. Dari segi politik, orang Islam menjadi semakin lemah dan berpecah-belah.

  • Tags
  • Share

  • Author Azhar Ibrahim
  • Quote

    Dengan terdirinya kesultanan Melayu, diperkasai dengan agama Islam yang baru dianuti dan sumber perdagangan dan ekonomi, maka peradaban Melayu melalui proses pemantapan institusi politik dengan ideologi pemerintahan yang mengental, selain berkembangnya institusi budaya dan kemasyarakatan, di mana terjadi stratifikasi sosial yang lebih kompleks.

  • Tags
  • Share